Loyalty





Dalam kehidupan ni, kita akan menghadapi satu masa dimana kita akan belajar dan mersaa untuk hidup berdua maksudnya mempunyai pasangan ataupun berkahwin.. Kita sebagai manusia pasti akan menghadapi waktu ini (Insya allah jika diizinkan tuhan)..Di fasa ini akan menghadapi liku-liku dan manisnya kehidupan berpasangan ini..Tapi bagaimana pula kalau kita menghadapi banyak perkara yang pahit berbanding cahaya kebahagiaan???

Aku pernah melihat perkara ini berlaku di depan mata aku iaitu di dalam keluarga aku sendiri..
Tiap-tiap hari nak bergaduh, mencari pasal, tidak berpuas hati dengan pasangan..Walaupun di mulut mengungkapkan kata-kata maaaf tetapi di dalam hati masih ada sisa-sisa parut yang masih menyimpan dendam yang hanya menunggu masa untuk diluahkan..Kami yang sering mendengar ni pun merasa tertekan dan rasa macam nak lari dari rumah ni je..Kadang-kadang kami sampai tak tahu nak bertindak macam mana kalau dua-dua masih tidak berpuas hati..

Kalau kesetiaan itu penting dalam perkahwinan kenapa perlu ada orang ketiga? kalau kite sendiri tidak mampu untuk setia bagaimana kita  expect pasangan kite sendiri akan percaya kita walaupun sudah banyak peluang yang diberikan??
Ini merupakan perkara yang takut untuk aku hadapi dalam kehidupan aku😥😥😥😥😥

Comments

Popular Posts