Kerja Kuring Konkrit
KERJA KURING KONKRIT
Ketika pekerja tapak sedang menyiram air pada konkit yang telah 24 jam mengeras dimana proses ini dinamakan proses kuring. Selain itu, kaedah lain yang digunakan dengna meletakkan guni basah di atas konkrit. Tempoh proses kuring yang biasa dilakukan selama 7 hari dan 28 hari kemudian baru dijalankan compaction test pada konkrit.
Tujuan Proses Kuring
Proses kuring adalah kerana untuk mengelakkan kehilangan air secara mendadak . Jika hal ini berlaku akan menyebabkan keretakkan pada konkrit akibat daripada pengecutan secara mendadak. Proses kuring boleh dilakukan sekurang-kurangnya selama 7 hari hingga 14 hari. Antara punca utama berlakunya keretakkan pada konkrit adalah apabila bahagian permukaan atas konkrit sudah kering tetapi dibahagian dalam konkrit masih basah.Jadi, bahagian dalam konkrit tidak dapat hidrat (meresap air) dan menyebabkan retak.
Alatan-alatan
- Kiub (150mm x 150mm x 150mm)
- minyak diesel/grease
- hammer
- trowel
Langkah-langkah
- Setiap kiub akan disapu minyak diesel atau grease.
- Konkrit akn disi kedalam kiub pada 3 lapisan. Setiap lapisan akan dipadatkan dengan hammer sebanyak 35 kali hentaman.
- Kemudian, bahagian atas kiub yang telah penuh dipadatkan akan diratakan menggunakan trowel.
- Selepas 24 jam, barulah kiub ini semua akan direndam ke dalam air.
Comments
Post a Comment