Cerucuk adalah komponen yang menanggung beban di atas permukaan bumi. Jenis jenis cerucuk ialah
- Kayu Bakau
- Konkrit Tetulang
- Cerucuk Mikro
- Cerucuk Span
Kekuatan cerucuk bergantung pada dua aspek iaitu struktur dalaman cerucuk dan gred konkrit. Pemilihan jentera untuk kerja cerucuk perlulah berat yang melebihi 30% daripada berat "design load" untuk 2 kali ganda. Kedalaman minimum untuk kemasukkan cerucuk ialah 7 meter manakala untuk cerucuk mikro kedalaman minimum 6 meter kerana kebiasaannya penggunaan cerucuk mikro khas untuk dikawasan berbatu. Kerja cerucuk merupakan bahagian pembinaan yang mengambil masa yang lama untuk dibina kerana ia perlu dipastikan cukup kuat untuk menaggung beban.
Setip cerucuk yang sampai di tapak pembnaan perlu disemak :
- Nombor siri
- Tarikh cerucuk dibuat
- Pastikan cerucuk tiada sebarang kecacatan
|
Cerucuk ini dibuat pada 21/3/2017
|
|
Cerucuk yang telah retak |
Cara-cara memasang cerucuk span menggunkan jentera Jack-in Method :
|
Titik penanaman cerucuk di tapak bina |
|
"Extansion Pile" |
- Titik penanaman cerucuk telah ditanda dengan besi panjang 1 kaki dibalut plastik. Kemudian dari titik tersebut ukur diameter cerucuk ditanda pada titik tersebut
- SEmasa perletakkan cerucuk pastikan cerucuk diletakkan di kawasan yang telah ditanda (Jack-in tela dilaraskan untuk memastikan cerucuk aka dimasukkan tepat pada titik).
- Masukkan "initial pile"(cerucuk yang pertama dibenamkan ke dalam tanah). Kemudian Jack-in akan menekan cerucuk sehingga meter bacaan mencapai 13mph. Dikawasan ini merupakan tanah yang lembut jadi Jack-in menggunakan 2 cylinder sahaja.
- Setelah itu masukkan "extansion pile"(cerucuk yang kedua dimasukkan). Kemudian proses "welding" dan mengecat cerucuk (ini merupakan proses penyambungan cerucuk pertama dengan cerucuk yang kedua).
- Dibenamkan cerucuk sehingga tanah masih boleh dibenamkan lagi dengan cerucuk.
- Apabila jentera Jack-in telah bergegar menandakan cerucuk telah dibenam pada tahap maksimum.
|
"Welding Process" |
Comments
Post a Comment