Kerja Konkrit
Assalammualaikum.. hari ni saya akan menulis sedikit mengenai apa yang saya dapat semasa saya menjalankan latihan industri sebab kebanyakkan information yang saya dapat susah untuk student dapat dikelas sebab belajar secara teori dengan praktikal ni berbeza. Kalau teori kita belajar apa yang ada dalam buku tapi kalau praktikal kita belajar lebih kepada teknik dan kemahiran..
Kekuatan pada konkrit sangat penting dalam memastikan kebolehkerjaan konkrit untuk menanggung sesuatu beban. Dalam kerja pembinaan. main-con (main contractor) akan pergi ke tempat pembuatan konkrit untuk mendapatkan keputusan konkrit yang akan di supply ke tapak bina. Pihak main-con akan memberi kan kepada syarikat konkrit (sub-con) grade konkrit yang diperlukan dan tempoh matang untuk konkrit yang biasa digunakan selepas 7 hari dan 28 hari proses kuring konkrit.
Soalan yang sering ditanya mengenai kokrit :
- Proses ujian compaction kiub , contohnya keputusan bacaan tekanan pada kiub grade-40 akan lebih daripada grade konkrit yang lebih kecil contoh grade-25 kerana campuran batu dan pasir pada konkrit grade yang tinggi lebih banyak daripada grade rendah. Setiap grade pada konkrit yang grade lebih besar adalah mempunyai kekuatan menanggung berat yang lebih.
- Sebelum compaction test kiub konkrit akan akan ditimbang berat padahal ujian compaction boleh sahaja dilakukan tanpa ditimbang beratnya ini kerana bertujuan untuk mengetahui isi padu pada konkrit. Isipadu yang paling baik ialah 2200kg/m³. Berat yang paling optimum untuk konkrit dalah 8 kilogram iaitu berat untuk konkrit grade-40(grade yang paling maksimum). Lingkungan berat antara 7.5 kg - 8.5 kg. Berat yang kurang dari range ini campuran tidak elok mungkin kerana mixter tidak betul.
Saiz Konkrit - 0.15m 𝖷 0.15m 𝖷 0.15m
Berat Konkrit - 7.7 kg
Grade Konkrit - Grade-30
Isipadu konkrit Grade-30 = kg/m³
= 7.7 kg/ 0.15m 𝖷 0.15m 𝖷 0.15m
=7.7 kg/0.003375m³
=2281 kg/m³
(Kalau ada apa-apa kekurangan minta maaf..saya budak baru belajar.)
Comments
Post a Comment